Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

18 October 2018

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan

Lemon merupakan salah satu daripada buah sitrus yang kaya vitamin C. Selain daripada digunakan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan, buah lemon juga amat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. 

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan - Gambar kredit:rappler.com

Beberapa khasiat lemon untuk kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut:

Lemon sebagai antiseptik

Lemon digunakan sebagai antiseptik semulajadi yang dapat mengatasi masalah kulit. Minum perahan air lemon setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa masalah jerawat. 

Lemon untuk menurunkan berat badan

Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, amalkan minum air perahan lemon yang dicampurkan dengan sedikit madu pada setiap pagi sebelum sarapan pagi. Ini sekaligus dapat menyingkirkan toksin keluar dari badan melalui proses detokfikasi. 

Lemon untuk merehatkan minda

Bau lemon yang segar dapat mengawal tekanan darah, mengurangkan rasa pening serta mual dan merehatkan minda. Aroma lemon juga telah digunakan sebagai semburan penyegar serta pewangi kediaman dan kereta. 

Lemon untuk ibu hamil

Lemon dapat mengurangkan alahan yang dialami oleh ibu hamil seperti mual dan loya. Perah sedikit lemon di dalam air suam dan minum airnya. 

Lemon untuk jantung dan buah pinggang

Lemon mengandungi kalium yang dapat membantu penghidap sakit jantung. Jus lemon juga dapat meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru serta meningkatkan pembuangan air kencing dan membersihkan buah pinggang. 

Selain daripada aromanya yang menyegarkan, lemon juga mempunyai rasa yang enak bagi menambah selera makan anda. Oleh itu, usah ragu-ragu untuk mengambil lemon kerana pasti banyak manfaat yang akan anda perolehi. 

^_^

01 December 2015

8 Tips Mengekalkan Kesihatan

Assalamualaikum,

Kesihatan yang baik adalah penting bagi mendapatkan tubuh yang cergas dan otak yang cerdas. Adalah penting untuk setiap individu mengekalkan tahap kesihatan yang baik dengan cara menjaga fizikal dan emosinya.


Kali ini saya kongsikan 8 tips yang dapat mengekalkan tahap kesihatan seperti berikut:

Sihat dengan sikap optimistik dan positif

Selalu berfikiran positif dan bersikap optimistik untuk mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik. 


Sihat dengan kawal marah

Belajar untuk bersabar dan mengawal kemarahan agar emosi stabil dan tenang. 


Sihat dengan kurangkan lemak, minyak, gula dan garam

Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Hadkan pengambilan makanan-makanan ini untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. 


Sihat dengan berhenti merokok

Merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru dan gejala penyakit yang lain. Berhenti merokok untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan agar hidup lebih bermakna. 


Sihat dengan pengambilan air 

Air yang mencukupi adalah penting untuk melancarkan sistem penghadaman, menyingkirkan toksin dari badan, mengurangkan selera makan dan mengekalkan kelembapan kulit. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. 


Sihat dengan bergerak aktif

Bergerak aktif setiap hari dapat mengekalkan kesihatan. Bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Jika tiada masa bersenam, cuba luangkan waktu untuk melakukan senaman naik turun tangga atau berlari setempat.


Sihat dengan tidur mencukupi

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Tidur sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam setiap malam. 


Sihat dengan menjaga kebersihan

Pastikan anda menggosok gigi dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari. Basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas dan sebelum memasak dan makan. Kebersihan mencerminkan personaliti diri seseorang. 


Hanya kita yang mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik atau sebaliknya. Oleh itu, ubahlah cara hidup bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan berterusan. Apabila tubuh badan dan mental sihat, aktiviti dan kerja seharian juga akan menjadi lebih lancar. 

^_^

22 November 2015

Manfaat Sarapan Pagi

Assalamualaikum

Ramai orang yang menganggap  sarapan pagi adalah tidak penting. Mungkin ada yang memberi alasan tidak sempat bersarapan kerana perlu cepat ke tempat kerja atau terlalu sibuk memulakan tugasan pada waktu pagi. Sedangkan sarapan pagi memberi banyak manfaat kepada seseorang. 


Beberapa manfaat sarapan pagi adalah seperti berikut:

Sarapan pagi memberikan tenaga

Ketika sedang lapar badan akan rasa lemah dan tidak bertenaga. Sarapan pagi dengan sedikit makanan berkarbohidrat seperti roti memberikan tenaga. Namun jangan makan berlebihan kerana ia mungkin menyebabkan mengantuk dan malas. 


Sarapan pagi menghindarkan penyakit

Pengambilan sarapan pagi secara rutin dan teratur mampu mengawal kadar gula dalam darah sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis. Masalah angin dalam badan juga boleh diatasi jika anda mengambil sarapan pagi. Angin akan menyebabkan kepala menjadi pening dan gastrik. 


Sarapan pagi mengawal berat badan

Pengambilan sarapan pagi mampu mencegah anda makan lebih banyak sepanjang hari. Perut yang kenyang mengurangkan keinginan anda makan banyak dan sekaligus dapat mengawal berat badan. 


Oleh itu, walau sesibuk mana pun anda, luangkan waktu untuk mengambil sarapan pagi seperti dua keping roti yang disapu nipis dengan mentega atau secawan oat. Jika tidak sempat bersarapan di rumah, pastikan anda mengambil sarapan di tempat kerja. 

^_^

19 October 2015

Jom Atasi Tekanan secara Pantas

Assalamualaikum,

Tekanan bukan hanya dihadapi oleh golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak dan remaja. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan serangan jantung. Sebaiknya segera atasi tekanan yang dihadapi agar ianya tidak berlarutan.

Atasi Tekanan secara Pantas

Kesibukan kerja pasti membuatkan anda ingin mengatasi tekanan dengan cara yang pantas. Beberapa cara mengatasi tekanan secara pantas adalah seperti berikut:

Hadapi tekanan dengan bertenang 

Pejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam, tahan seketika dan lepaskan. Usah terlalu memikirkan masalah yang dialami. Jika anda beragama Islam, banyakkan beristighfar.


Hadapi tekanan dengan coklat

Ini bukan bermaksud anda bebas makan coklat sepuasnya ketika tertekan. Makan sepotong coklat dengan membiarkannya cair dalam mulut. Coklat dapat meningkatkan hormon endorfin yang mampu membuatkan rasa tenang.


Hadapi tekanan dengan muzik

Dengarlah muzik kegemaran yang menenangkan. Bagi yang beragama Islam, dengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Pasti tekanan akan berkurangan dan jiwa menjadi tenang.


Hadapi tekanan dengan aromaterapi

Aromaterapi yang sesuai untuk tekanan adalah lavender. Bau lavender yang segar pasti dapat menenangkan fikiran sekaligus meredakan tekanan yang dihadapi.


Hadapi tekanan dengan senaman

Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan anggota badan. Senaman dapat melancarkan peredaran darah dari jantung ke seluruh anggota badan dan otak sekaligus menenangkan fikiran. 


Oleh itu, jangan cepat melatah sekiranya diuji dengan pelbagai masalah dan dugaan. Sebaiknya berfikirlah secara rasional ketika sedang tertekan dan elakkan bertindak secara negatif. Hanya anda yang mampu mengawal tekanan yang dihadapi.

^_^ 

21 September 2015

Petua Mencegah Angin dalam Badan

Assalamualaikum, 

Masalah angin dalam badan bukan sahaja dialami oleh orang tua tetapi juga golongan muda dan remaja. Antara tanda-tanda angin dalam badan adalah berasa sakit dan lenguh di seluruh badan atau sakit kepala. 


Cegah Angin dalam Badan
Cegah Angin dalam Badan
Berikut saya kongsikan beberapa petua untuk mencegah angin dalam badan yang boleh dicuba: 

Hadkan pengambilan produk tenusu

Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana kadar laktosa yang tinggi boleh menyebabkan angin. Pilih produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt.


Hadkan pengambilan makanan berlemak

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Makanan berlemak boleh menyebabkan angin atau kembung yang seterusnya melambatkan proses pencernaan.


Hadkan pengambilan sayur-sayuran

Beberapa jenis sayur seperti kacang panjang, kubis dan timun boleh menyebabkan angin dalam badan anda. Hadkan pengambilan sayur-sayuran ini. 


Makan secara teratur

Pastikan anda makan secara teratur pada setiap hari bagi mengelakkan perut dimasuki angin. Tetapkan waktu makan yang tetap dan kuantiti makanan yang sesuai. 


Amalan petua tradisional

Cuba petua tradisional dengan cara merebus halia dan cengkih. Minum rebusan air ini ketika masih suam. Amalkan pada setiap hari dan pasti angin akan keluar dari badan. 


Oleh itu, hadkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan. Kunyah makanan perlahan-lahan ketika makan dan banyakkan minum air putih. Makanlah secara teratur mengikut waktu yang tetap. 

^_^

31 March 2014

Merawat Cirit-Birit di Rumah

Assalamualaikum, 

Di hujung minggu pastinya banyak jemputan ke kenduri kahwin rakan atau saudara-mara. Ada masanya makanan yang disajikan memberi kesan terhadap perut kita. Mungkin perut akan berasa sakit, memulas dan berlakunya cirit-birit

Rawat Cirit-Birit di rumah
Rawat Cirit-Birit di Rumah (Gambar hiasan) - celiacdisease.about.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai cara untuk merawat bibir kering. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi merawat cirit-birit di rumah adalah seperti berikut:

1. Air teh O merawat cirit-birit
Bancuh pekat air teh dan minum ketika ianya masih suam. 

2. ENO atau 100 plus merawat cirit-birit
Ambil sepeket ENO dan bancuh dengan segelas air dan diminum. Boleh juga meminum air 100 plus atau minuman isotonik yang lain. 

3. Daun jambu batu merawat cirit-birit
Ambil beberapa helai daun jambu batu dan ramas bersama sedikit garam dan air suam. Minum air daun jambu batu ini.

4. Buah ciku muda merawat cirit-birit
Rebus buah ciku muda dan minum airnya ketika masih suam. 

5. Pil chek it teck aun merawat cirit-birit
Boleh beli pil chek it teck aun dan simpan di rumah anda sebagai persediaan sekiranya berlaku cirit-birit. 

Seelok-eloknya segeralah mendapatkan rawatan doktor di klinik yang berhampiran anda. Kemungkinan sakit perut dan cirit-birit yang berlaku adalah akibat keracunan makanan. Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan kekeringan.

p.s: Ketika tinggal di kampung, air daun jambu batu itulah yang selalu diamalkan. Kini pokok jambu batu susah didapati, jadi aku terus minum 100plus sahaja. Bagaimanakah cara anda merawat cirit birit?

^_^

27 February 2014

Dapatkan Tidur Berkualiti

Assalamualaikum,

Tidur berkualiti adalah penting untuk badan kita kekal bertenaga di dalam melaksanakan aktiviti seharian. Ada masanya mungkin kita sukar untuk tidur tepat pada waktunya. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kesan akibat kurang tidur.

Dapatkan Tidur Berkualiti
Dapatkan Tidur Berkualiti (Gambar hiasan) - guardianlv.com
Seterusnya pada hari ini akan dibincangkan mengenai cara untuk dapatkan tidur berkualiti. Beberapa cara yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

1. Atur waktu tidur yang tetap
Elakkan tidur panjang pada waktu siang (anda boleh tidur sebentar sebelum waktu Zohor mengikut sunnah Rasulullah SAW).  Disiplinkan diri anda untuk tidur tepat pada masanya pada setiap malam. Lama-kelamaan pasti badan kita akan terbiasa. 

2. Bersenam
Senaman secara teratur pasti akan menghilangkan ketegangan pada badan kita. Lakukan senaman seperti berlari selama 15 minit pada setiap petang. Jika terlalu sibuk, bolehlah melakukan senaman ringan seperti naik turun tangga.

3. Suasana tenang ketika tidur
Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda. Gunakan lampu tidur ketika tidur atau terus padamkan lampu. Anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi seperti lavender yang dititiskan ke dalam bekas berisi air dan dibakar.

4. Pemakanan sebelum tidur
Pastikan perut anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. Sebelum tidur anda boleh makan buah-buahan rendah kalori seperti oren dan epal. Makanan berat dan tinggi kalori tentu akan mengganggu sistem penghadaman ketika tidur. 

5. Kawal tekanan perasaan
Tekanan pasti akan menyebabkan kita sukar untuk tidur. Cuba tenangkan perasaan sebelum tidur dengan cara melakukan senaman pernafasan. Bagi umat Islam bolehlah bersolat dan berdoa sebelum tidur. Yang penting maafkan orang sebelum tidur.

6. Posisi tidur yang selesa
Pastikan posisi tidur yang betul iaitu badan mengiring ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi seperti sunnah Rasullah SAW. Bacalah doa sebelum tidur. Diikuti oleh al-fatihah, ayat kursi dan 3 Qul (al-Ikhlas, al-Nas, al-Falaq) dan tasbih (Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33 kali). 

Oleh itu, apa yang penting adalah kualiti tidur, bukan hanya kuantiti. Ada orang yang cukup hanya tidur selama lima hingga enam jam pada setiap hari. Jika masalah tidur anda berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor anda. 

^_^

13 February 2014

Apabila Kurang Tidur

Assalamualaikum,

Tidur yang mencukupi adalah keperluan kepada setiap manusia yang normal. Lazimnya seorang manusia memerlukan waktu tidur antara enam hingga lapan jam pada setiap hari. Apabila kurang tidur pastinya akan memberikan kesan negatif terhadap badan kita.

Apabila Kurang Tidur
Apabila Kurang Tidur (Gambar hiasan) - bhmpics.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara stabilkan emosi. Masalah sukar tidur (insomnia) ini berlaku tidak mengira usia. Beberapa kesan akibat kurang tidur adalah seperti berikut:

1. Sakit kepala
Apabila kurang tidur kita akan mudah sakit kepala dan menjadi marah walaupun terdapat masalah yang kecil. Jika ianya tidak dikawal, tekanan darah akan naik dan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi

2. Kenaikan berat badan 
Ketika tidur kalori di dalam badan kita juga akan dibakar. Orang yang berjaga malam lebih cenderung menjadi gemuk akibat pengambilan pelbagai snek yang tidak menyihatkan seperti keropok dan gula-gula.

3. Sistem pertahanan badan (imun) lemah
Jika kurang tidur, sel darah putih di dalam badan akan berkurangan yang seterusnya menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. Pada waktu ini badan akan mudah mendapat penyakit seperti demam.  

4. Kurang tumpuan 
Sekiranya tidak cukup tidur, badan kita kekurangan rehat dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan tumpuan dan daya ingatan kita akan terganggu. 

5. Kelihatan lebih berusia 
Tidak cukup tidur menyebabkan mata menjadi lebam dan wujudnya lingkaran hitam di bawah mata. Lama-kelamaan akan wujud kedutan serta garis halus di wajah dan menyebabkan wajah kelihatan lebih berusia.

Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup pada setiap hari bagi mengekalkan kesihatan badan yang baik. Insya-Allah dalam entri yang akan datang akan dibincangkan mengenai cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

^_^

27 January 2014

Jom Sihat dengan Berbasikal

Assalamualaikum, 

Kebanyakan individu pada masa kini mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Semakin hari kehidupan kita semakin selesa dengan terciptanya pelbagai kemudahan hasil dari inovasi dan teknologi terkini.

Sihat dengan Berbasikal
Jom Sihat dengan Berbasikal (Gambar hiasan) - blogs.crikey.com.au
Secara tidak langsung manusia terdedah kepada pelbagai penyakit seperti obesiti, sakit jantung dan darah tinggi. Tentu semua orang inginkan kesihatan yang baik dengan harga yang murah. Jawapannya hanya dengan menunggang basikal. Beberapa manfaat berbasikal adalah seperti berikut:

1. Berbasikal menguatkan sistem imun
Kajian menunjukkan bahawa berbasikal dapat menguatkan sistem imun seseorang. Sistem imun berfungsi untuk melindungi tubuh kita dari jangkitan penyakit. 

2. Berbasikal menguatkan otot dan tulang
Ketika berbasikal semua otot badan kita akan digerakkan. Otot kaki digunakan untuk mengayuh, otot abdomen serta belakang menstabilkan badan dan otot bahu serta lengan menyokong hadapan badan. Pergerakan ini membuatkan sistem otot kuat dan berfungsi dengan cekap. Tulang belakang kita juga dapat dikukuhkan dan sekaligus mengurangkan masalah sakit belakang.  

3. Berbasikal mengurangkan tekanan
Ketika berbasikal kita akan berasa santai. Pertukaran oksigen berlaku apabila kita menyedut udara segar ketika mengayuh basikal. Secara langsung ianya akan membuatkan kita berasa segar serta mengurangkan tekanan yang dialami. 

4. Berbasikal mencegah penyakit jantung dan darah tinggi
Berbasikal secara sederhana dapat mengurangkan risiko terhadap serangan jantung dan penyakit darah tinggi. Risiko terhadap serangan strok juga dapat dikurangkan. 

5. Berbasikal mengurangkan berat badan dan meningkatkan stamina
Kecergasan fizikal dapat ditingkatkan dengan berbasikal. Di samping itu juga berat badan dapat dikurangkan apabila tenaga dibakar ketika mengayuh basikal. Apabila mengayuh basikal, stamina badan kita dapat ditingkatkan dan kelesuan badan dapat dikurangkan. 

Oleh itu, banyak lagi manfaat lain yang boleh diperolehi dari aktiviti berbasikal. Senaman dengan basikal ini tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Anda hanya perlu luangkan masa 15-20 minit sehari untuk mengayuh basikal pada setiap petang. 

Diolah dari sumber: cyclehelmets.org/1015.html

^_^

18 January 2014

Merawat Selsema

Assalamualaikum,

Sejak semalam aku diserang oleh selsema, asyik bersin dan hidung berair sahaja. Mujurlah aku tidak terkena demam. Memang menyeksakan apabila terpaksa menghabiskan hampir sekotak tisu. Aktiviti berblog juga terganggu.

Merawat Selsema
Merawat Selsema (Gambar hiasan) - northsideent. com
Sekarang ini aku cuba elakkan untuk makan ubat klinik jika sakit. Aku telah google di enjin carian cara untuk merawat selsema. Antara cara yang aku telah cuba dan rasa semakin berkurangan adalah seperti berikut:

1. Merawat selsema dengan air
Tutup sebelah hidung dan masukkan sedikit air ke dalam hidung sebelah lagi. Hembus keluar air dari hidung. Ulangi untuk kedua-dua belah hidung sebanyak 10 kali.

2. Merawat selsema dengan minyak ikan 
Minum satu sudu besar minyak ikan kod Scott's Emulsion (aku ambil yang perisa oren). Kalau perisa asli aku tak sanggup nak telan.

3. Merawat selsema dengan air suam
Banyakkan minum air suam untuk melegakan selsema.

4. Merawat selsema dengan sup ayam
Masak sup ayam dan makan ketika ia masih panas (kalau nak buat sup daging pun boleh juga).

Alhamdulillah pagi ini selsema semakin berkurangan dan hidung pun rasa lebih selesa kerana tidak berair lagi. Bolehlah aku menjalankan aktiviti seperti biasa. Semoga perkongsian cara merawat selsema ini juga berguna kepada anda yang sedang selsema.

^_^

06 January 2014

Makanan untuk Mata

Assalamualaikum,

Mata merupakan pancaindera penting yang berguna untuk kita melihat dan melaksanakan aktiviti seharian. Pengambilan makanan yang seimbang adalah penting untuk mata. Sebelum ini dibincangkan mengenai tips penjagaan mata selepas pembedahan katarak

Makanan untuk Mata
Makanan untuk Mata (Gambar hiasan) - theknow.ask. com
Beberapa jenis makanan yang baik untuk kesihatan mata adalah seperti berikut: 

1. Makanan untuk mata lobak merah
Lobak merah mengandungi beta carotene (vitamin A penting untuk kesihatan mata), lycopene (melindungi sinaran UV pada mata) dan lutein (melindungi kerosakan pada radikal mata). 

2. Makanan untuk mata tomato
Kandungan lycopene dan lutein di dalam tomato mampu mencegah kanser mata. 

3. Makanan untuk mata teh
Teh dapat mencegah penyakit katarak. Kajian menunjukkan bahawa teh mampu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. 

4. Makanan untuk mata kacang walnut
Kacang walnut mengandungi omega-3, vitamin E dan antioksida yang baik untuk mencegah radang mata.

5. Makanan untuk mata kacang soya
Selain daripada elok untuk kulit, kacang soya juga mampu mengelakkan kekeringan mata. Ia boleh diambil dari makanan seperti tempe dan kicap yang mengandungi antioksida (isoflavon) yang tinggi iaitu. 

6. Makanan untuk mata bawang putih dan bawang merah
Kedua-dua jenis bawang ini mampu mengeluarkan glutation iaitu sejenis sulfur yang berfungsi sebagai antioksida untuk mata. 

7. Makanan untuk mata telur
Kandungan sulfur, protein dan cysteine di dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. 

Oleh itu, pengambilan makanan semulajadi seperti di atas dapat membantu menjaga kesihatan mata kita. Walaupun telah ada pelbagai teknologi terkini untuk rawatan mata, ada baiknya jika kita menjaga mata kita sebelum ianya menjadi rosak.

Diolah dari Majalah Mingguan Wanita

^_^

04 January 2014

Merawat Gusi Bengkak

Assalamualaikum,

Gusi bengkak tentunya akan menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan. Antara faktor yang menyebabkan gusi bengkak adalah kesalahan ketika memberus gigi. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai penjagaan gigi palsu

Merawat Gusi Bengkak
Merawat Gusi Bengkak (Gambar hiasan) - poenta. net
Cara merawat gusi bengkak yang boleh dilakukan sendiri di rumah adalah seperti berikut:

1. Merawat gusi bengkak dengan kulit pokok mangga
Rebus sedikit kulit pokok mangga bersama air dan sedikit garam sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan ia suam seketika. Berkumur setiap hari dengan air rebusan itu sehingga bengkak berkurangan. 

2. Merawat gusi bengkak dengan garam
Bancuh sedikit garam dengan air suam dan berkumur pada setiap hari. Boleh juga letakkan terus garam pada gusi bengkak dan biarkan seketika, kemudian kumur dengan air. 

3. Merawat gusi bengkak dengan cecair pembersih mulut 
Tuangkan sedikit cecair pembersih mulut (aku guna Listerine) ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit air. Berkumurlah dengan larutan itu dan kemudian berkumur dengan air biasa. 

Oleh itu, banyak lagi cara untuk merawat gusi bengkak yang boleh dilakukan sendiri. Sekiranya sakit berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor gigi. Mungkin kesakitan itu disebabkan oleh masalah yang lain. 

p.s: Sekiranya anda ada kaedah perawatan gusi bengkak yang lain, bolehlah berkongsi di sini. 

^_^

28 December 2013

Petua Sihat dengan Air Putih

Assalamualaikum, 

Tidak dinafikan, banyak manfaat yang diperolehi hanya dengan minum air putih. Ianya mudah diperolehi dan tidak perlu membayar mahal. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai 10 kelebihan menggunakan penapis air

Beberapa petua sihat dengan air putih yang boleh diamalkan setiap hari adalah seperti berikut:

1. Selepas bangun dari tidur
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - fredericpatenaude. com
Minum 2 gelas air putih  membantu menggerakkan organ dalaman badan.

2. 30 minit sebelum makan tengahari/petang/malam 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - joselae1.blogspot. com
Minum 1 gelas air putih membantu mencerna dan menghadamkan makanan.

3. Sebelum mandi pagi/petang 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - homeimprovementbasics. com
Minum 1 gelas air putih membantu merendahkan tekanan darah.

4. Sebelum masuk tidur 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - dreamstime. com
Minum 1 gelas air putih membantu mengelakkan terkena strok atau serangan jantung. 

Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan minum air putih demi untuk kesihatan badan kita. Pastikan pengambilan air putih melebihi 8 gelas pada setiap hari. Semoga petua sihat dengan air putih ini bermanfaat untuk anda. 

 ^_^

14 October 2013

Awas Toksin dalam Badan

Assalamualaikum,

Pernahkah tiba-tiba anda merasakan badan lemah? Ketahuilah mungkin ia disebabkan oleh peningkatan toksin di dalam badan. Selalunya toksin akan disingkirkan melalui hati, kulit, paru-paru, buah pinggang dan najis.

Awas Toksin dalam Badan
Awas Toksin dalam Badan (Gambar hiasan) - Google
Sumber utama toksin termasuklah bahan perisa makanan, sisa bahan pencemar pertanian dalam daging, tanaman, hasil tenusu, kehadiran logam berat dalam makanan laut seperti ikan serta kerang dan air minuman anda. 

Badan juga menghasilkan toksin secara semulajadi daripada proses metabolisme makanan. Bagaimanakah menyingkirkan sisa toksin? Anda boleh lakukan seperti berikut:

1. Berpuasa
Proses detoks toksin dari badan secara semulajadi yang tidak memerlukan kos. 

2. Bersenam
Senaman dapat menyingkirkan toksin melalui peluh. bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap sesi. 

3. Banyakkan pengambilan serat
Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar dan oat untuk proses penghadaman yang baik (aku suka makan brokoli). 

4. Gunakan air yang ditapis
Air paip mengandungi pelbagai bahan pencemar dan logam. Jadi gunakan air yang ditapis untuk memasak dan minum. Kini terdapat pelbagai jenama penapis air yang boleh didapati di pasaran. 

5. Kurangkan pengambila kafein, alkohol dan rokok
Hadkan pengambilan kafein seharian anda. Seeloknya berhenti merokok untuk kesihatan yang lebih baik. 

6. Kurangkan bahan pewarna dan perisa
Gunakan bahan semulajadi untuk memasak dengan mengurangkan perisa seperti gula, garam dan MSG (kalau nak masak tomyam aku tak gunkan pes segera, selalunya guna tomato je untuk dapatkan rasa masam). 

Selamat mencuba.. 

 ^_^

11 October 2013

Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Assalamualaikum, 

Pagi tadi aku rasa kurang sihat, tiba-tiba sakit kepala menyerang aku. Aku ni kalau sakit sikit memang tak suka makan ubat sebab ubat tu mengandungi dadah. Kecualilah jika sakit teruk memang aku akan makan juga ubat. 

Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi
Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi (Gambar hiasan) - Google
Jadi aku mencuba petua semulajadi seperti berikut:

1. Minum banyak air kosong
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala. Minumlah air secukupnya iaitu melebihi 8 gelas sehari. 

2. Minum secawan teh pekat
Aku membancuh secawan teh pekat dan menambah perahan limau kasturi (boleh juga menggunakan limau nipis atau lemon). 

3. Elakkan menggunakan komputer atau menonton televisyen
Kedua-dua peralatan elektronik itu mengandungi radiasi yang boleh membuatkan kepala sakit. Tutup komputer dan televisyen seketika. Tidur atau keluar bersiar-siar di luar untuk menyedut udara segar. 

4. Senaman minda positif
Sebenarnya senaman ni aku buat kalau tengah sedih. Sakit kepala mungkin disebabkan oleh tekanan. Pejamkan mata. Tarik nafas dalam-dalam sambil menggenggam tangan seperti penumbuk dengan kiraan 5 saat, tahan nafas 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan dalam kiraan 5 saat juga (ketika melepaskan nafas itu bayangkan semua tekanan juga dilepaskan pergi).

Alhamdulillah walaupun kesannnya lambat, kini rasa sakit kepala aku semakin berkurangan. Kepada anda yang tak suka makan ubat tu boleh la mencuba petua ini juga. 

 ^_^

29 August 2013

Makanan untuk Menambah Darah

Assalamualaikum, 

Pernah permohonan aku untuk menderma darah ditolak kerana kekurangan sel darah merah (anemia). Anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi yang berfungsi untuk pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.

Anemia
Anemia (Gambar hiasan)
Sel darah merah (hemoglobin) diperlukan oleh tubuh badan untuk mengangkut makanan dan oksigen ke seluruh badan. Kekurangan sel darah merah menyebabkan badan lesu, pening kepala, dan muka pucat. Berikut aku kongsikan makanan yang aku ambil untuk menambah darah: 

1. Daging
Makanan Menambah Darah
Daging kaya dengan zat besi yang seterusnya dapat meningkatkan paras hemoglobin. Namun pengambilan berlebihan tidak baik untuk jantung. Pilihlah daging yang rendah lemak. 

2. Roti gandum penuh dan bijirin
Makanan Menambah Darah
Bersarapan dengan roti gandum penuh dan bijirin dapat menambah zat besi yang diperlukan oleh badan. 

3. Buah-buahan
Makanan Menambah Darah
Pengambilan buah-buahan seperti tembikai, anggur, epal dan kismis boleh menambah darah.

4. Sayur-sayuran
Makanan Menambah Darah
Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, lobak dan kangkung juga baik untuk menambah darah.

Selamat mencuba..

Sumber gambar : Google

^_^

21 July 2013

7 Tips Cegah Diabetes

Assalamualaikum,

Diabetes terjadi apabila pankreas seseorang itu tidak dapat menghasilkan atau menghasilkan hanya sedikit insulin. Apabila insulin sedikit, kadar gula di dalam badan akan melebihi keperluan (insulin berfungsi menukarkan glukosa/ kanji/ makanan kepada tenaga). (1)

Pepatah ada mengatakan, "Mencegah lebih baik daripada merawat". Jadi seeloknya kita berusaha untuk mencegah penyakit ini sebelum terkena. Bagaimanakah cara untuk mencegah diabetes?(2)

1. Pantau Body Mass Index (BMI)
Cara pengiraan BMI : 

2. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak. 

3. Bergerak aktif 
- Bersenamlah secara rutin. 
- Sekurangnya-kurang 20 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. 

4. Hindari rokok dan alkohol
Katakan tidak kepada rokok dan alkohol. 

5. Ketahui faktor risiko yang ada pada anda
- Berumur ≥ 30 tahun
- BMI lebih ≥ 25kg/m2
- Wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil
- Wanita yang melahirkan bayi ≥ 4kg
- Menghidap hipertensi 

6. Jalani pemeriksaan saringan diabetes secara rutin
- Jika anda berisiko, sila jalani saringan diabetes setahun sekali. 
- Anda mungkin menghidap diabetes jika bacaan sampel darah ketika puasa menunjukkan ≥ 7.0 mmol/L 

7. Dapatkan pertolongan untuk mengubah gaya hidup anda
- Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan. 
- Minta bantuan dari anggota kesihatan di klinik.


Sumber : 
(1) Buku (Panduan Membelai Diri Indah di Mata, Patonah Chai Choh, Alaf 21 Sdn. Bhd.)
(2) Pamplate Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
(3) Gambar (Google)




^_^

14 July 2013

Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak

Assalamualaikum, 

Salah satu daripada pancaindera penting yang dikurniakan Allah SWT kepada kita adalah mata. Mak aku telah selamat menjalani pembedahan mata bagi membuang selaput katarak di mata kirinya. Hari ini dikongsikan bebarapa tips yang aku praktikkan sepanjang menjaga mak.

Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak
Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak (Gambar hiasan) - michaelduplessie.com
Tahukah anda apa itu katarak? Katarak ialah kekaburan kanta di dalam mata yang mungkin disebabkan oleh penuaan biasa, kecederaan mata atau radang mata, pengambilan ubat tertentu atau penghidap kencing manis. Macam mak aku disebabkan faktor penuaan tu. 

"Sakit tak pembedahan mata tu mak?" aku bertanya kepada mak aku. "Langsung tak sakit. Dia masukkan kanta mata tu pun mak tak sedar." balas mak aku. Memang benar, aku tengok tiada kesan jahitan atau luka pun di sekeliling mata mak selepas pembedahan tu. 

Pembedahan tu mengambil masa tak sampai sejam pun. Namun rawatan susulan dengan pakar mata perlu dilakukan secara berkala. Aku telah berjumpa maklumat mengenai penjagaan mata ni dari laman web Changi General Hospital. 

Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan?
  • Pakar mata akan menyarankan titisan mata antibiotik dan mungkin beberapa ubat untuk melegakan kesakitan. Ikut saranan yang ditetapkan. 
  • Elakkan menggosok mata (walaupun merasa kurang selesa akibat kesan jahitan di mata ). 
  • Pakai pelindung mata pada waktu malam selama dua hingga tiga minggu selepas pembedahan (ini kerana semasa tidur mungkin anda akan menggaru mata). 
  • Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat, contohnya berlari-lari anak atau berenang. Berhati-hati melakukan aktiviti ringan di rumah seperti berjalan dekat atau menaiki tangga yang rendah. 
  • Elakkan membongkok, mengangkat atau membawa objek berat. Membongkokkan kepala ke bawah akan menyebabkan tekanan ke atas mata. 
    • Apabila mengutip sesuatu daripada lantai, lakukannya dengan menegakkan belakang badan. 
    • Apabila memakai kasut, duduk di atas bangku dan angkat kaki atau minta bantuan orang untuk memakaikan kasut ke kaki. 
  • Elakkan mendukung kanak-kanak kerana mereka mungkin tidak sengaja akan mencucuk mata. 
  • Elakkan sabun, syampu dan air daripada memasuki mata ketika mencuci muka dan rambut pada minggu pertama selepas pembedahan. 
  • Elakkan memandu kenderaan untuk sekurang-kurangnya 6 minggu selepas pembedahan. 
  • Makan seperti biasa, namun makan lebih sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan serat (bagi mengelak sembelit yang menyebabkan tekanan kepada mata semasa membuang air besar). 
Bagaimana untuk memakai titisan mata yang disarankan? Ikuti arahan yang ditetapkan oleh doktor pakar bagi mencegah jangkitan selepas pembedahan:
  • Cuci tangan dengan sabun dan air. 
  • Kebelakangkan (dongak) kepala. Tarik kelopak bawah mata ke bawah.
  • Picit satu titisan daripada botol ke dalam mata. Pastikan supaya hujung botol titisan mata tidak terkena mata. 
  • Tutup mata untuk beberapa saat. 
  • Jika jenis titisan mata yang kedua diperlukan, tunggu selama lima minit sebelum memakai titisan kedua.
  • Jangan sentuh hujung botol titisan mata dengan jari.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti mata sakit dan kemerahan, keluar sesuatu dari mata, penglihatan kabur secara tiba-tiba atau mata menjadi bengkak, segeralah berjumpa doktor pakar mata. Alhamdulillah kini mata mak aku dah pulih seperti biasa dan doktor pakar mata sarankan supaya mak memakai cermin mata biasa. 

p.s:
  • Mak aku ada alergik kepada beberapa jenis makanan laut, jadi selepas pembedahan tu memang dia tak ambil makanan laut kecuali ikan. 
  • Jika di waktu siang cahaya matahari terik menyebabkan mata mak aku silau dan pedih. Jadi aku belikan cermin mata gelap supaya dia selesa. 
Sumber : http://www.cgh.com.sg/Health_Library/Health_Information/Pages/HealthLibraryDetails.aspx?DID=249
^_^

20 May 2013

6 Langkah Mudah untuk Kekal Sihat dan Cergas

Assalamualaikum,

Untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas, pemakanan seimbang dan senaman yang teratur perlu diamalkan. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai 10 tips awet muda.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:

1) Berjalan Kaki
Berjalan kaki
Berjalan kaki - Google
Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari ternyata mampu meningkatkan stamina tubuh, ketahanan jantung dan melancarkan proses pengaliran darah. 

2) Berfikiran Positif
Berfikiran positif - Google
Berfikiran positif secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk bertindak dengan lebih rasional. Minda yang positif menghasilkan tubuh yang sihat. 

3) Rahsia Percintaan/ Kasih Sayang
Kasih sayang
Kasih sayang - Google
Percintaan/ kasih sayang amat baik untuk jantung anda. Sebaliknya rasa iri hati, marah dan berperasaan negatif yang lain akan membuatkan anda lebih mudah diserang oleh penyakit jantung.

4) Minum Teh
 teh hijau
Secawan teh hijau - Google
Satu kajian telah menunjukkan bahawa minum teh hitam dan teh hijau mengandungi polyphenol yang berfungsi sebagai antioksida. Antioksida ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. 

5) Hirup Udara Segar
Hirup udara segar
Hirup udara segar - Google
Luang masa selama 10 minit untuk menghirup udara segar setiap hari. Ia dapat membantu anda rasa segar sepanjang hari. 

6) Meditasi
Meditasi - Google
Meditasi terbukti memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa kerana ia membantu menghilangkan tekanan. Bagi penganut agama Islam, amalan solat sunat pada tengah malam merupakan salah satu terapi mental dan fizikal.

Selamat mencuba!!!

Sumber : Patonah Chai Choh (2007), Panduan Membelai Diri Indah Di Mata, Alaf Dua Puluh Satu Sdn. Bhd. 

^_^

09 February 2013

Senaman Jantung Cergas

Assalamualaikum,

Tahukah anda senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung? Peringatan ini sering diulang-ulang bagi menunjukkan kepentingan senaman kepada tubuh badan kita terutamanya di dalam menghindari penyakit berbahaya. 

Berlari
Berlari salah satu senaman yang baik untuk jantung
Bagaimana Senaman Bertindak ke Atas Jantung?
  • Memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' proteins (HDL).
  • Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap darah tinggi.

Bagaimana Hendak Bersenam?
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan selama 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Berhenti seketika jika anda berasa tidak selesa atau sakit pada anggota badan.